Thursday 25 August 2011

BINGKA KELAPA MUDA

BAHAN-BAHAN:
100 gm tepung beras
750 ml air kelapa
1 biji telur
50 gm tepung gandum
300 gm gula melaka
250 gm isi kelapa muda
200 gm gula pasir
garam

CARA MENYEDIAKAN :
1.tepung beras,telur ,garam dan air kelapa muda disatukan.
2.cairkan gula melaka dan gaulkan kesemuanya sekali,kemudian tapiskan untuk memastikan ia tidak berketul -ketul.
3.kemudian campurkan isi kelapa muda.lenserkan sedikit minyak masak pada loyang.tuangkan bancuhan kedalamnya.
4.bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 30 minit.sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.

SUMBER:MAJALAH SAJI,MEI 2005.

KUIH SERABAI

BAHAN-BAHAN:
1 peket tepung beras
250 ml santan
10 gm yis basah
2 sudu besar gula halus
garam

CARA MENYEDIAKAN:
1.santan,yis,gula dan garam diadun sehingga sebati.
2.masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau.biarkan adunan seperti membuat penkek,sapukan kuali leper dengan sedikit minyak
3.ceduk sesenduk adunan dan leperkan diatas kuali.bila serabai sudah naik pada bahagian tengah,bolehlah ia diangkat.ia tidak perlu diterbalakkan.


SAMBAL UDANG DAN PETAL

BAHAN-BAHAN:

600 gm udang
300 gm petai
30 gm cili kering kisar
2 sudu besar sos cili
11 ulas bawang merah(kisar)
garam dan serbuk perasa secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:

1.bersihkan udang dan goreng separuh masak.
2.panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar .setelah naik minyak,masukkan petai,sos cili,garam dan serbuk perasa.
3.akhir sekali masukkan udang dan gaul rata.


sumber:majalah Saji.keluaran mei 2005

PECEL LELE

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan keli(goreng ikan tersebut)
5 tangkai cili merah
7 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm belacan
3 biji tomato
1 biji limau nipis

CARA MENYEDIAKAN:
1.panaskan minyak dalam kuali,dan goreng kesemua bahan.
2.tumbuk kesemua bahan hingga lumat.perahkan limau.
3.letakkan pada bahagian tengah ikan sewaktu dihidangkan.


sumber:majalah Saji.keluaran mei 2005.

Friday 19 August 2011

SERI MUKA

BAHAN A:

125 gm beras pulut(bersihkan dahulu dan rendam selama 2 jam)
375 ml pati santan
satu sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:

1.beras pulut yang direndam dituskan sebentar dan gaulkan bersama pati santan dan garam.Masukkan ke dalam loyang yang dilapikkan dengan daun pisang dan ratakan.kukus selama 30 minit.
2.setelah masak,angkat dan masukkan dalam loyang.mampatkan menggunakan plastik.
3.tuangkan bancuhan B diatas pulut td dan kukus selama 20 atau 30 minit.

BAHAN B:

250 gm gula pasir
62.5 gm tepung gandum
125 ml pati perahan daun pandan
500 ml pati santan
1 biji telur
1 sudu kecil tepung ubi
1/2 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN:

1.masukkan kesemua bahan B dan gaulkan hingga rata.kemudian,tapis bancuhan td dan masukkan ke dalam loyang yang berisi pulut td.
2.kukus hingga masak dan hidangkan.


sumber:majalah Saji.Keluaran Julai 2005.

Kuih Gomok Abu

BAHAN UNTUK TEPUNG:

1 peket tepung pulut
1 liter santan
200 gm tepung gandum
300 gm tepung kacang hijau(sangai)

CARA MENYEDIAKAN:

1.Satukan santan,tepung pulut,tepung gandum dan secubit garam.
2.Uli hingga sebati dan bentukkan bulat-bulat.Isikan inti di dalamnya.
3.didihkan air dan masukkan adunan yang telah dibentuk tadi.setelah masak,angkat dan toskan airnya.
4.golekkan di atas tepung kacang hijau.

BAHAN UNTUK INTI:

setengah biji kelapa parut
2 keping gula melaka
125 gm gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu besar tepung gandum
400 ml air

CARA MENYEDIAKAN:
panaskan air,lalu masukkan gula merah,gula pasir dan daun pandan.
setelah itu,masukkan kelapa parut dan biarkan hingga kering barulah angkat.


sumber:majalah Saji.keluaran.julai 2005

Thursday 11 August 2011

PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN:

2 batang serai
400 gm kelapa parut 
200 gm kelapa parut
50 gm udang kering
7 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
50 gm gula pasir
7 tangkai cili merah
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam dan perasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.beras pulut dibersihkan dan ditanak bersama daun pandan dan masukkan sedikit garam.
2.masukkan sedikit minyak pada pulut yang ditanak tadi.Setelah masak,sejukkan.
3.cili,serai,bawang merah,bawang putih dan udang kering dikisar halus.Kemudian,sangai bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.
4.masukkan kelapa parut,gula,garam,serbuk kunyit dan perasa.Masak sehingga kelapa menjadi garing.
5.layurkan daun pisang.
6.masukkan inti di tengah pulut dan gulungkan bersama daunpisang.Gulung dengan kemas dan sematkan lidi di hujungnya.Kemudian bolehlah dipanggang.



sumber:majalah Saji.Keluaran Julai 2005